Salam Aidiladha dari Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka Berhad


Salam sejahtera dan selamat hari raya aidiladha kepada semua anggota Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka Berhad dan juga ahli Kelab Usahawan GIATMARA Melaka...

Semoga kehidupan dan perniagaan anda bertambah sempurna dan semakin diredhai oleh Allah SWT...  Sama-samalah kita menjauhi fitnah dan pendusta yang mungkin ada di kalangan masyarakat....

Biar kecil asalkan berhasil : jimatkan modal permulaan perniagaan.

  
Artikel dari Irfan Khairi (Jutawan Internet)


Dalam memulakan perniagaan, tak perlu bermegah sangat - tak perlu semuanya hebat dan besar. Memulakan perniagaan memerlukan banyak modal pusingan. Modal permulaan adalah hanya untuk permulaan.
Ada perniagaan yang bermula terus dengan membeli kereta mewah, pejabat hebat & class, banggunan boleh tahan ;) dan juga perbelanjan-perbelanjaan awal yang amat tinggi.
Dalam memulakan perniagaan, fikirkan modal pusingan. Ada banyak lagi modal yang perlu dikeluarkan dalam perniagaan dan kalau semuanya di salurkan pada modal permulaan, pastinya nanti akan tersangkut perniagaan di tengah jalan.

 Fikirkan cara menjimat kos-kos permulaan. Fikirkan untuk meminimakan "overhead". Berjimat cermat dalam memulakan perniagaan dan menjalankan perniagaan.


Bila perniagaan hebat, baru dapatkan kereta hebat & pejabat hebat! (tu pun kalau perlu)
Terlalu banyak perniagaan yang saya lihat berbelanja besar ketika permulaan, cuma sehingga tidak memikirkan running cost dan overhead. Perniagaan terpaksa ditutup. Jauhkan dari anda ok!

Tiga Strategi Perniagaan Steve Jobs

Artikel dari : Irfan Khairi (Jutawan Internet)



Assalamualaikum...

1. Fikir berbeza
Slogan Apple satu masa dulu adalah "Think Different". Slogan yang begitu simple, tetapi memberi makna yang hebat.
Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan perbezaan dalam perniagaan kita. Kita tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita oleh kerana, ia tidak dapat membezakan kita dan pesaing. Untuk mendapat pasaran perniagaan yang lebih besar, cari kelainan dan ciptakan perbezaan untuk perniagaan kita. Sama ada pada harga, pada kualiti, pada kecepatan, pada perkhdmatan, pada rekabentuk dan sebagainya.
Apple berjaya mencipta kelainan daripada pesaing-pesaing oleh kerana menitik berat aspek kualiti dan rekabentuk gajet yang unik dan cantik seperti iPad, iPod, iPhone dan sebagainya!

2. Komunikasi dalam perniagaan
Steve Jobs bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar dalam bidang komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan turun padang dan memberi persembahan/talk ringkas mengenai produk terbarunya. 
Steve Jobs sering mendapat pujian dari segi komunikasinya yang amat mudah dan boleh mencapai pelbagai usia dan latar belakang. Dalam perniagaan, komunikasi adalah amat penting, hinggakan kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada komunikasi yang efektif.
Untuk berjaya, kita perlu tahu produk dan perkhidmatan kita secara menyeluruh dan boleh menyampaikannya kepada orang lain dengan mudah, bertenaga, dan penuh passion!

3. Keep it simple
Permudahkan perniagaan kita. Steve Jobs menekankan 'simplicity' dalam hidupnya, bukan sahaja dalam produk-produk yang dihasilkan oleh Apple yang menggunakan konsep minimalis, tetapi juga dalam hidup harian dirumahnya dilaporkan menggunakan konsep Zen dan tidak mempunyai banyak perabot!
Dari segi perniagaan, dengan memudahkan segala urusan - jual beli, rekacipta, laman web, pemasaran, dan lain-lain, ia juga memudahkan pelanggan. Dengan menggunakan konsep 'simple', dalam perniagaan, ia dapat menarik lebih ramai pengguna dari berbagai lapisan masyarakat! Permudahkan urusan perniagaan anda dalam pelbagai aspek.

Strategi perniagaan pusat membeli belah






Artikel Oleh: Irfan Khairi
Dalam usaha kita menjimatkan wang, pusat membeli belah pula beruaha untuk menggalakkan kita berbelanja. Berbagai cara diakukan oleh pusat memebeli belah dalam menarik pengguna berbelanja- sering kali berlebihan pada barangan yang tidak diperlukan.

Untuk menjimatkan wang, sebagai pengguna, ada baiknya untuk kita ketahui serba sedikit psikologi perniagaan yang digunakan di pusat membeli belah...

shopping_bags.jpg

Bila kita masuk pusat membeli belah, berbagai-bagai psikologi perniagaan digunakan untuk menarik pembeli. Dari harga, muzik yang dimainkan, lokasi produk telah dirancang dengan rapi untuk menarik emosi pembeli untuk membuat belian. Perasan tak anda antara psikologi perniagaan termasuk...


  • Produk-produk yang kecil seperti gula-gula, majalah, diletakkan disebelah kanan kaunter bayaran- hanya kerana kebanyakan antara kita cenderung menggunakan tangan kanan. Lokasi produk2 kecil ini di kaunter memudahkan kita membelinya dengan tidak fikir panjang dan terus mencapainya- penambahan belian kecil RM2 dari seorang pelanggan boleh menjadi RM2juta untuk setiap pelanggan di semua cawangan pasaraya!
  • Muzik-muzik yang dimainkan seringkali muzik berunsur gembira dan popular untuk menaikkan mood pelawat supaya turut bergembira. Bila pelawat gembira, maka lebih mudah dan banyak belian dilakukan! Begitu juga dengan gambar-gambar orang/keluarga gembira digunakan di sekeliling pasaraya- menarik psikologi orang untuk turut gembira.
  • Harga produk sering kali tidak dibulatkan ke jumlah puluh terdekat supaya nampak murah seperti - RM29.90 dan bukan RM30.00. Ini menggalakkan belian .

Teknik Melariskan Jualan Di Pasar Malam


Artikel dari : Usahawan.com


Rata-rata rakyat Malaysia sangat ghairah jika ke pasar malam. Bukan itu sahaja, kehadiran pasar malam juga pasti dinanti. Pengguna juga berkira-kira untuk membeli barang dan bersabar menanti kehadiran pasar malam. Sedikit sebanyak kemunculan pasar malam membantu mereka melancarkan urusan harian. 

Seawal pukul 4 petang, peniaga mula memasang payung, mengemas dan menyusun produk yang cuba dipasarkan. Pasar malam akan mula ditutup menjelang pukul 10 malam semasa jumlah pengunjung semakin berkurang. Hampir semua keperluan seharian dari barang makanan, bekalan makanan mentah, pakaian, barang hiasan rumah, dan kelengkapan dapur boleh didapati di sini. 

Selain itu, belian secara borong juga akan menjimatkan kos lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi hari ini. Paling menguntungkan, harga barangan di pasar malam juga jauh lebih murah berbanding dengan harga pasaran biasa. Taraf hidup yang semakin tinggi menyebabkan masyarakat terpaksa mengeluarkan belanja yang besar. Mungkin ada sesuatu yang mereka cari di pasar malam atau sekadar cuma mahu melihat gelagat dan merasai bingit suasana pasar malam. Atau juga sekadar mengisi masa dan berjalan-jalan, jika berjumpa dengan apa yang dicari, pasti barang itu akan dibeli. 

Semua peniaga pasar malam mengharapkan keuntungan daripada produk yang dipasarkan. Jika tidak, pusingan modal gagal dibuat dan perniagaan mereka terpaksa dihentikan. Maka, setiap peniaga mempunyai cara yang tersendiri untuk memastikan pelanggan mereka tidak lari dan tidak penah jemu mendapatkan produk yang dipasarkan. Mungkin juga peniaga memasang strategi pernigaan yang efektif dan berkesan untuk terus menarik pelanggan dan perhatian pengguna baru. 

Cara-cara yang digunakan peniaga ini sememangnya didapati berkesan dan mempunyai pengaruh terhadap pengguna dan pembeli. Oleh itu, peniaga pasar malam akan berniaga dengan jujur agar pengguna mereka juga mampu bertahan dengan hasil produk yang dibeli. Wang yang diperuntukan untuk berbelanja membeli barang makanan jauh lebih menjimatkan dan mempunyai baki untuk simpanan pengguna. Jadi, buat apa berbelanja lebih jika barang yang mempunyai kualiti dan kuantiti yang sama boleh didapati di pasar malam. 

Menjual makanan tradisional
Banyak cara yang dilakukan oleh setiap peniaga pasar malam untuk melariskan produk yang dipasarkan. Barang makanan menjadikan suasana pasar malam lebih hangat dan terasa bahangnya. Disebabkan itu, ramai peniaga pasar malam cuba memasarkan produk mereka dengan menghasilkan sebanyak mana kuih-muih dan lauk-pauk tradisional yang sukar didapati dan cerewet cara penyediannya. Jika kita amati, setiap pengunjung yang hadir ke pasar malam tidak akan pulang dengan tangan kosong. 

Sekurang-kurangnya mereka akan pulang dengan bungkusan makanan kegemaran atau apa sahaja jenis makanan yang sukar didapati di kedai-kedai lain. Niat utama adalah untuk mencuba sejenis makanan baru. Atau mungkin juga makanan itu mengingatkan mereka akan kampung halaman dan ahli keluarga yang menggemarinya. Apabila barang makanan itu sedap dan tepat dengan selera, pasti pembeli akan mendapatkannya pada minggu berikutnya. 

Mengaitkan produk dengan nama artis
Selain itu, peniaga juga melariskan produk yang dijual dengan mengaitkan nama artis dan selebriti tanah air, tidak kurang juga mengaitkan dengan selebriti antarabangsa. Contohnya pengguna boleh memiliki tudung Ikin serendah RM 10.00 dengan hanya berbelanja di pasar malam. Pengaruh tudung Ikin yang dipopularkan oleh isteri Mawi artis realtiti TV dari Akademi Fantasia tidak perlu diperkenalkan lagi. Penangan hebat membuatkan orang ramai mampu bergaya cantik dan sopan seperti Ikin. Hari ini, pelbagai jenis tudung dan selendang yang berkualiti boleh didapati di pasar malam. Kualiti dan fabrik mungkin agak sedikit berbeza namun ia tetap memberikan kepuasan kepada pengguna. Selain itu, terdapat juga peniaga makanan yang mempromosikan kempen 1Malaysia melalui makanan yang dijual. Kelihatan peniaga sangat kreatif dan peka dengan perkembangan negara. Selain sedap, makanan 1Malaysia ini juga jauh lebih murah dan banyak pilihan. 

Berani dan lantang melontarkan suara
Peniaga pasar malam juga lebih berani dan lantang untuk melontarkan suara mereka untuk meraih keuntungan. Kebanyakan peniaga akan menjerit atau memasang tape yang telah dirakam lalu dimainkan untuk mempromosikan produk mereka. Seawal tapak pertama menjejakkan kaki ke pasar malam sehingga ke payung terakhir pasar malam, rakaman tape ini akan mencuri tumpuan. Pasti ramai yang sedar akan kewujudan peniaga ini dengan menggunakan cara yang paling terkini. Contohnya di pasar malam Padang Jawa setiap malam Jumaat, gerai menjual barang-barang plastik dan keperluan dapur akan mencuri tumpuan kerana memasang tape yang telah dirakam. Setiap peniaga pasar malam mempunyai cara yang tersendiri untuk memasarkan produk mereka. Hasilnya juga adalah berbaloi. 

Sikap ramah dan mesra
Seterusnya, peniaga pasar malam juga lebih mesra dan ramah. Sikap ini melambangkan peribadi yang baik dengan masyarakat. Sekaligus, peniaga-peniaga ini akan membuatkan pembeli merasa selesa dan mudah untuk menjalankan urus niaga dengan mereka. Selain mempunyai mulut yang manis, peniaga pasar malam juga lebih bertolak ansur dalam soal penawaran harga barang yang dijual. Mereka akan membuatkan pengguna mencari mereka lagi jika mengunjungi pasar malam. Kerana tawaran yang diberikan akan mencetuskan kepuasan dalam diri pembeli. Budaya tawar-menawar apabila berbelanja di pasar malam merupakan satu kemestian. Selain itu, apabila kita terlibat dalam kegiatan ini, secara tidak langsung hubungan sesama masyarakat akan mesra melalui komunikasi dua hala yang telah berlangsung.

Menjual mengikut kiraan harga pinggan
Peniaga barangan basah terutamanya peniaga makanan laut dan sayur-sayuran pasti akan meletakkan harga barangan dengan tawaran yang paling rendah. Jika tidak, peniaga itu sendiri yang akan rugi. Tambahan pula apabila berniaga ikan. Barang ini tidak boleh disimpan terlalu lama. Ia mudah rosak dan tidak segar. Maka, mereka mengambil inisiatif dengan menjual mengikut kiraan harga sepinggan. Pelbagai jenis ikan boleh dibeli dengan harga serendah RM 3.00 sepinggan. Mungkin kuantiti itu tidak mencukupi, tetapi harga ini adalah sangat rendah sehingga membuatkan pembeli tidak teragak-agak untuk membelinya. Hanya di pasar malam kita dapat berbelanja semurah ini. Kerana faktor dan daya tarikan ini membuatkan suasana pasar malam sentiasa panas dengan kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus. Selain itu, sayur-sayuran kampung turut mendapat tempat di hati pembeli. Contohnya seperti ulam-ulaman, keladi, rebung, petai dan jering. Kesukaran mendapatkannya membuatkan peniaga berusaha untuk memasarkan produk ini. Tambahan pula ulam-ulaman kampung mempunyai khasiat yang tinggi. 

Cara mempersembahkan produk
Peniaga hari ini juga semakin bijak dalam memasarkan produk mereka. Bagi peniaga makanan, cara hidangan makanan yang dipersembahan mampu menarik minat pembeli. Sebagai contoh di pasar malam Pantai Dalam setiap malam Sabtu, terdapat peniaga laksa Penang akan menghias meja dengan seni kulinari yang menarik dan segar dengan bunga kantan, cili merah, cili hijau, timun, daun selom dan telur. Peniaga ini mampu mengekalkan jumlah pembeli kerana taktik yang digunakan sangat menarik dan kelihatan sangat segar. Selain itu terdapat juga peniaga kuih apam yang menyediakan pelbagai warna dalam melariskan kuih apam buatan sendiri. Dari jauh, warna yang terang ini akan membuatkan hati tertarik untuk mencubanya. Selain warna yang cantik, rasa kuih apam ini juga sama dengan kuih apam yang lain, lembut dan tekstur yang halus. 

Barangan yang murah menjadi tumpuan
Barang yang paling murah akan menjadi tumpuan pembeli. Barang makanan seperti laksa, mi udang, bihun sup dan bakso serendah RM 2.50 boleh didapati di pasar malam Padang Jawa. Selain itu, bagi golongan orang kurang upaya, mereka akan mendapat potongan harga yang lebih murah. Begitu juga dengan golongan warga emas. Ternyata peniaga ini sangat rapat dengan masyarakat. Selain berniaga, mereka juga menderma sekaligus membantu dan cuba meringankan beban masyarakat. Disebabkan faktor harga yang murah, gerai ini sentiasa menjadi tumpuan dengan kelazatan makanan yang dijual. 

Kedudukan gerai
Seterusnya cara melariskan produk juga bergantung kepada kedudukan gerai. Kedudukan yang sesuai juga mempengaruhi jumlah pembeli. Jika kita sedar, peniaga air akan berada pada kedudukan pintu keluar dan masuk ke pasar malam. Strategi ini memang sangat berkesan. Serendah RM 1.00, kepenatan sepanjang berjalan di pasar malam dapat diredakan. Terdapat pelbagai pilihan minuman yang dapat membasahkan tekak. Daripada jus buah-buahan, minuman tenaga atau minuman berkarbonat. Kedudukan gerai ini membuatkan pembeli tidak perlu berpatah balik jika haus disamping tangan yang penuh dengan barangan yang dibeli. Sebaik melangkahkan kaki ke kawasan pasar malam, tekak mesti dibasahkan dahulu untuk memberikan tenaga sepanjang berjalan merentasi gerai di pasar malam. Apabila mahu pulang, tekak kering lagi. Maka, gerai air pasti dicari. 

Peniaga menjual barang mainan kanak-kanak
Bagi ibu bapa yang mengunjungi pasar malam dengan membawa anak, pasti mainan akan menjadi tarikan. Jika tidak mahu mendapat malu apabila anak membuat kelakuan yang tidak sepatutnya dengan menjerit di khalayak ramai, maka kehendak mereka wajib dipatuhi. Hendak marah anak pun tidak guna, kerana mereka akan tetap dengan pendirian mereka. Sudah begitu naluri anak-anak apabila terpandang barang mainan walaupun mainan itu pernah dibeli. Peniaga yang bijak akan meletakkan mainan yang dijual terbentang atas meja atau menggantungkannya agar mudah dilihat. Cara ini kelihatan kotor, tetapi beginilah lumrah orang berniaga. Jika tidak, rugi pula yang dapat. Anak-anak kecil yang datang dengan ibu bapa menjadi penyumbang kepada sumber pendapatan peniaga pasar malam. 

Inilah antara cara-cara yang dilakukan peniaga pasar malam untuk melariskan produk mereka. Setiap cara yang dilakukan berbeza bergantung kepada jenis produk yang cuba dipasarkan. Boleh juga kita katakan bahawa mengunjungi pasar malam adalah budaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini kerana, semua kaum akan keluar mengunjungi pasar malam bagi mendapatkan keperluan yang dikehendaki mereka. 

Setiap kelengkapan dan keperluan bayi hingga orang dewasa boleh dicari di pasar malam. Kerana itulah terdapatnya perbezaan dalam pelaburan modal yang dilaburkan setiap peniaga. Cara pemasaran yang diamalkan peniaga ini adalah cara yang biasa diamalkan peniaga dan usahawan yang telah berjaya. Cuma, terdapat sedikit pengubahsuaian dengan keadaan. Pendek kata, cara-cara ini mampu membantu peniaga meningkatkan tahap ekonomi dan melariskan produk mereka. Terakhir sekali, kita bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal. Pasti usaha kita akan dibalas dengan habuan yang setimpal.

Mendapat Pelanggan Tanpa Had

dari Irfan Khairi ( Jutawan Internet )

Hari ini, terlalu banyak perniagaan yang bersaing sesama sendiri. Untuk berjaya dalam perniagaan, ianya menjadi semakin sukar oleh kerana pesaing yang ramai tak kira dalam apa sahaja perniagaan yang kita jalankan. 
 
Tak kira, walaupun pada mulanya tiada pesaing dalam sesuatu bidang, beri beberapa masa, lambat laun, pastinya pesaing akan membanjiri pasaran kita.
 
Apa perlu kita lakukan?
 
Jawapannya adalah dalam mencari alternatif lain untuk mendapatakan pelanggan. Dan, dengan kaedah dan strategi yang tepat, ianya tidak mustahil untuk mendapatkan PELANGGAN TANPA HAD tak kira berapa ramai pesaing kita punyai.
 
Antara cara mendapatkan pelanggan tanpa had adalah dengan meneroka kaedah pasaran yang MASIH BELUM disentuh oleh pesaing anda. Dan cara terbaik ketika ini adalah menggunakan Internet.
 
Dengan strategi Internet yang tepat, tidak kira apa sahaja perniagaan yang kita jalankan, atau ingin mulakan akan boleh mendapat pelanggan TANPA HAD. Apa yang lebih menarik adalah, kos mendapatkan pelanggan melalui Internet adalah jauh lebih murah dan amat efektif (dan ada juga yang percuma) berbanding media-media yang lain.
 
Sedangkan perniagaan besar-besaran kini kesemuanya menggunakan Internet untuk mendapatkan pelanggan, apatah lagi kita yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan perlu mengambil peluang mempelajari strategi dan kaedah mendapatkan pelanggan tanpa had!

Kreatif dalam berniaga!






Artikel dari Irfan Khairi (Jutawan Internet).



Bila sebut "kreatif" ramai memikirkan dalam perniagaan, kreatif adalah untuk pengiklanan/advertising. Namun, saya sering menyebut untuk menjadi kreatif dalam perniagaan
Sebenarnya, kreatif meliputi aspek yang meluas bukan sekadar pengiklanan, tetapi juga sehingga membuat keputusan perniagaan yang kreatif.

Contoh yang saya ingin kongsikan mengenai kreatif dalam perniagaan adalah Anita Roddick (pengasas The Body Shop)

  • Ketika mengembara pada tahun 70-an, Anita Roddick mendapati di negara yang dilawatinya, wanita menggunakan koko untuk melicinkan kulit muka dan badan. Anita Roddick menggunakan kreativitinya untuk membawa idea tersebut menjadi idea perniagaan kosmetik!
  • Apabila ingin memulakan perniagaan, Anita tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membeli bekas kosmetiknya. Lalu, Anita menggunakan kreativitinya membeli bekas yang paling murah, iaitu bekas menyimpan sample air kencing di hospital untuk dijadikan bekas kosmetik. (kini, tidak lah gunakan bekas tersebut... nanti ni jadi email forward pula!  )
  • Apabila membuka kedainya yang pertama pada 1976 (ya, The Body Shop kini sudah 34 tahun... bukan short cut kejayaan!), dinding kedainya berlumut dan kotor. Anita menggunakan kreativitinya untuk menggunakan cat yang paling murah berwarna hijau yang sama dengan warna lumut tersebut untuk mencantikkan kedainya. Sehingga kini, warna hijau (warna lumut) yang sama masih digunakan dan membawakan konsep alam semula jadi!
Dalam perniagaan, anda perlu kreatif dalam menangani masalah dan membuat keputusan. Jangan jadikan tiada modal, tiada idea perniagaan menghalang anda. Fikirkan cara kreatif dalam perniagaan anda .....:)

Promosi Ramadhan

MininiagaPotato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.comTwisto.my