Perniagaan ikut-ikutan

ikan.jpg
Dalam banyak-banyak ikan yang menarik ni, ikan mana yang anda tertarik? Ikan yang berbeza bukan? ;)

Oleh: Irfan Khairi

Ingin saya celoteh sedikit mengenai apa yang dikenali sebagai "perniagaan ikut-ikutan", atau perniagaan mengikut "trend"... orang jual X, kita pun jual X. Bukan menjual serbuk cuci jenama X... tetapi, gantikan 'X' tu dengan apa sahaja produk atau perkhidmatan...
Contohnya, kita boleh lihat trend di Internet...
  • Ramai sahaja yang menjual 'tudung' di Internet. Tak salah, malah bagus pun jual tudung... disamping mencari rezeki, menggalakkan tutup aurat.
  • Bila lihat industri fotografi, banyaknya 'wedding photographer' di Internet. Berbagai harga yang disediakan... sampai ada kenalan profesional photographer saya mengadu makin susah nak cari makan.
  • Time musim perayaan, sudah tentunya trend menjual 'kuih raya' di Internet. Kalau muka kita tak kena tag dengan kuih raya di Facebook, memang tak sah la masa bulan Ramadhan ;)
Anyway, seperti saya kata, tak salah mengikut trend, atau mengikut perniagaan lain, dan menjadi perniagaan ikut-ikutan. Rezeki ada di mana-mana sahaja.
Cuma, dalam perniagaan, bila persaingan terlalu tinggi, maka makin susah untuk perniagaan kita mendapat keuntungan yang hebat. Keuntungan yang HEBAT ya saya sebut... nak dapat keuntungan yang biasa-biasa, memang boleh. Tetapi, dalam perniagaan, kita mahukan keuntungan yang HEBAT.
Bila nak mulakan perniagaan, kita perlu sedikit kreativiti. Kreativiti dalam meminimakan pesaingan kita. Bila kurang pesaing, lagi mudah kita hendak mendapat keuntungan yang hebat. Sebagai contoh...
  • Kalau minat fesyen muslimah, tak semestinya menjual 'tudung' sahaja. Menjual 'baju renang muslimah' juga adalah fesyen muslimah.. dan mungkin persaingan adalah jauh lagi rendah dari menjual tudung.
  • Kalau bidang 'wedding photography' terlalu ramai pesaing, bidang forografi lain masih ada... product photography, family photography, baby photos... dan macam-macam lagi. semuanya permintaan tinggi juga.
  • Time-time raya, memang tak boleh lari dari kuih raya ;) Tetapi boleh sahaja jadi lebih kreatif seperti masih lagi menjual kuih raya yang di pakejkan dengan unik dan lebih cantik. Dan disasarkan kepada pasaran koprat sebagai high class 'gift'. Menjadi kreatif, tak semestinya tukar produk ya... tukar sasaran pelanggan pun kreatif juga.
Jadi, dalam perniagaan, cuba cari kelainan...  sukar sekiranya terlalu ramai pesaing untuk mendapat keuntungan yang HEBAT. Cuba fikir kreatif dan jangan terlalu mengikut-ikut perniagaan lain.

Bila saya sendiri hendak mulakan sesuatu perniagaan, soalan pertama yang saya akan tanya pada diri sendiri adalah 'how to make it different?'. Anda juga patut lakukan yang sama ;)

Semua orang mempunyai idea hebat


Oleh Irfan Khairi

Sering kali, ramai antara kita selalu mempunyai idea hebat. Silap-silap, semua orang pernah mempunyai idea yang hebat bermain di fikiran. Idea tersebut, mungkin dalam bentuk menciptakan sesuatu, menghasilkan sesuatu atau berniaga sesuatu.

Semua orang mempunyai idea hebat yang kadang kala berlegar difikiran yang mungkin boleh membuatnya kaya & juga terkenal. Penyelidikan ada mengatakan bahawa setiap orang akan terlintas sekurang kurangnya satu idea setiap hari!

    Tetapi, kesilapan yang paling besar adalah, kita abaikan idea tersebut oleh kerana... idea itu datang daripada kita sendiri!

Kita sering melihat dan menganggap orang lain yang mendapat idea, dan mengimplementasikan idea tersebut adalah hebat dan lebih bijak dari kita. Bila tibanya kita sendiri mendapat idea, kita rasa kita ni kurang bijak... dan kurang hebat.

    Pemikiran begitu adalah salah!

Lihat sahaja idea-idea perniagaan di sekeliling anda. Kebanyakannya bukanlah hasil daripada orang yang hebat & bijak. Tetapi, dihasilkan oleh mereka yang percayakan idea masing-masing dan mengambil langkah untuk mereliasasikan idea tersebut.

Minat & Perniagaan

 
Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat...
Oleh Irfan Khairi

* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita takkan rasa cepat sangat nak give-up/putus asa. Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!

* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
 
* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari! Penyelidikan mengatakan bahawa, lebih dalam ilmu seseorang itu dalam sesuatu bidang, lebih tinggi pendapatannya!
 
Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat...

* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita akan rasa cepat je mengalah. bila perniagaan tidak mendapat untung, mula kita salahkan orang lain dan salahkan keadaan. Kita akan cepat bertukar industri dan mencuba perniagaan jenis lain fikirkan, mana la tau kalau buat perniagaan lain boleh dapat duit lumayan... tetapi, keputusan akan tetap sama kerana perniagaan industri lain juga bukan minat kita!

* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita akan rasa bila lakukan perniagaan, lambat masa berlalu. Kita akan rasa cepat bosan dan tertunggu-tunggu bila lah hari ini akan berakhir kerana nak balik rumah untuk rehat. Perniagaan pula dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh... seperti melepaskan batuk ditangga. Bila tidak bersungguh-sungguh, maka, pulangan yang datang kepada kita juga tidak bersungguh-sungguh!
 
* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita tak suka mendalami ilmu bidang tersebut. Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu adalah amat penting. Tetapi bila dah tak minat, pastinya kita tidak akan luangkan masa dan wang untuk membeli buku, menghadiri majlis ilmu atau bertanya mengenai perniagaan kita. Akhirnya, tanpa ilmu yang cukup, perniagaan kelak akan gagal...
 
Jika dipantau kisah-kisah kejayaan dan juga membaca biografi mereka yang berjaya, semuanya melakukan apa yang mereka minat sebagai perniagaan. Adakah anda mempunyai minat yang boleh dijadikan perniagaan? Apakah minat anda?

Promosi Ramadhan

MininiagaPotato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.comTwisto.my