Video Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Ketua Pengarah MKM


Pihak Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka Berhad (KoGiat Melaka) mengucapkan salam aidilfitri untuk semua warga koperasi di Malaysia, khususnya pada warga koperasi di Wilayah Selatan yang pernah bersama-sama kami berkursus di Maktab Koperasi Malaysia.

Dalam artikel kali ini pihak KoGiat Melaka berkongsikan video Video Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, dari Dr. Ahmad Zahiruddin Bin Yahya, selaku Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia.

Membina jenama di Facebook




Artikel dari Irfan Khairi

Langkah pertama dalam menjadikan Facebook sebagai platform membina jenama perniagaan kita adalah, akaun Facebook yang perlu kita buka adalah "Pages". Sering kali, akaun yang kita sedia ada merupakan "Profile" yang menghubungkan kita dengan kenalan dan keluarga. Pages mempunyai beberapa ciri-ciri yang hebat untuk sesuatu perniagaan yang tidak dimiliki Profile page yang kita seringgunakan.

Antaranya adalah kebolehan menampung kenalan atau pengikut tanpa had (Profile page hanya terhad kepada 5,000 friends). Sebagaiperniagaan, kita tidak patut menghadkan prospek kita! Facebook pages juga mempunyai kebolehan menghantar mesej terus ke inbox pengikut-pengikut perniagaan kita secara terus. Kaedah ini amat berguna dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan kita.Daftar pages anda di http://www.facebook.com/pages melalui akaun sedia ada.

Kunci kejayaan membina jenama perniagaan kita melalui Facebook adalah dengan sering mengeratkan lagi hubungan antara kita sebagai perniagaan dan juga pengikut-pengikut kita.  Ini boleh dilakukan dengan cara mencipta topik-topik di Facebook yang dapat menarik minat dan perhatian sasaran pasaran perniagaan kita.

Anggap akaun Facebook kita sebagai satu komuniti yang dapat menarik mereka yang berminat tentang produk dan perkhidmatan kita.  Fikirkan pula, apakah isu atau topik yang dapat mencetus perbincangan yang positif di komuniti kita.

Sebagai contoh, sekiranya kita menjalankan perniagaan fotografi, fikirkan topik-topik yang berkaitan dengan fotografi yang boleh dibincangkan  topik boleh bermula daripada topic mudah seperti "Bagaimana cara memilih kamera DSLR terbaik?" hingga ke yang lebih kompleks seperti "Teknik dan kaedah mengawal pencahayaan untuk fotografi produk". Topik-topik yang dibincangkan akan Berjaya menarik kumpulan sasaran yang tepat yang berminat dengan industri kita. Dan kumpulan ini merupakan prospek kita yang terbaik oleh kerana mempunyai hubungan maya dengan perniagaan kita.

Strategi pemilihan barang untuk dijual di Lelong dan eBay

 

Dikarang oleh   (Pakar Lelongan Online)

Terdapat pelbagai barangan yang diniagakan melalui portal Lelong dan eBay setiap hari. Sebahagian barangan ini amat popular sehingga mampu mendapat bilangan bidaan yang tinggi. Ini bermaksud potensi untuk barangan tersebut terjual adalah tinggi. Manakala sebahagian barangan lagi ada yang langsung tidak mendapat sebarang bidaan. Ini bererti kemungkinan tiada permintaan untuk barangan tersebut.

Sekiranya anda merupakan seorang penjual baru di portal Lelong atau eBay dan sedang tercari-cari apakah barangan yang sesuai untuk anda jual, tip-tips di bawah akan membantu anda membuat pemilihan yang bersesuaian, dan seterusnya mengaut keuntungan maksimum daripada perniagaan anda:

1. Minat Vs Permintaan
Ramai yang menasihatkan untuk mula memilih barang jualan berdasarkan minat anda, bertepatan dengan perumpamaan: “Choose something close to your heart”. Sebagai contoh, sekiranya anda peminat barangan sukan, anda mungkin memilih untuk menjual jersi bola, kasut sukan atau aksesori sukan. Dan sekiranya anda minat membaca, anda mungkin memilih untuk menjual buku terpakai, ebook atau buku terlaris di pasaran.

Akan tetapi, pemilihan barang berdasarkan minat semata-mata adalah tidak mencukupi. Anda perlu mempertimbangkan minat dengan permintaan pembeli. Sinergi antara minat anda dengan permintaan pembeli akan meningkatkan potensi barang anda untuk terjual di Lelong dan eBay.

Bagaimanakah untuk meninjau permintaan pembeli? Mudah saja. Anda cuma perlu melihat senarai “Hot Items” di laman web Lelong dan melihat senarai “eBay Pulse” di eBay dan anda boleh melihat senarai barangan yang mendapat permintaan dan bidaan tertinggi dari semasa ke semasa.

Ini bermaksud anda boleh menggunakan sistem Lelong dan eBay sendiri untuk mendapatkan hasil tinjauan yang tepat. Sebagai contoh, sekiranya anda peminat barangan sukan, dan anda melihat barang seperti jersi bola mendapat permintaan yang tinggi berbanding kasut sukan, anda mungkin boleh menumpukan kepada jersi bola sebagai barang jualan.

2. Sumber Barangan
Setelah anda mengenalpasti barang untuk dijual, anda perlu meninjau sumber-sumber yang ada untuk memudahkan anda mendapat bekalan. Barang tersebut boleh jadi barangan yang anda sedia miliki seperti buku-buku dalam koleksi anda, jersi bola terpakai, atau barang elektronik seperti kamera digital dan iPod. Barang tersebut juga boleh jadi barangan yang anda perlu beli daripada pembekal seperti kraftangan, kuih-muih kering atau barang permainan kanak-kanak.

Selain itu, anda boleh mempertimbangkan kaedah dropship iaitu anda mempromosi barang daripada pembekal tanpa perlu menyimpan stok. Apabila barang tersebut berjaya dijual dan anda mendapat bayaran daripada pembeli, barulah anda membeli barang tersebut daripada pembekal pada harga kos. Dan dalam sesetengah situasi, pembekal sendiri akan menguruskan pembungkusan dan penghantaran terus kepada pembeli. Ini bermaksud yang anda dapat menjimatkan masa dan tenaga tanpa perlu melakukan pembungkusan dan penghantaran sendiri.

3. Impak Kos
Tips berikutnya dalam pemilihan barang jualan adalah untuk menghitung impak kos. Ini adalah penting bagi memastikan anda mendapat pulangan yang sewajarnya daripada usaha penjualan anda. Dengan mengabaikan tip penting ini, anda mungkin mengalami kerugian dan bukannya keuntungan seperti apa yang anda harapkan.

Jadi, bagaimanakah untuk membuat perkiraan kos? Mudah sahaja. Anda boleh menggunakan formula ini:
Harga jualan – Harga kos = Keuntungan

Harga jualan ialah harga yang anda tetapkan untuk menjual barang tersebut kepada pembeli sekiranya anda menggunakan fungsi “BuyNow”, ataupun harga minimum yang anda tetapkan sekiranya anda menggunakan fungsi “Auction”.

Harga kos pula ialah perbelanjaan yang anda keluarkan untuk mendapatkan barang tersebut, yang termasuk harga barang daripada pembekal, kos petrol, caj tol, upah simpanan barang, kos promosi dan apa jua kos lain yang berkaitan dengan penjualan barangan anda. Secara lazimnya, harga jualan WAJIB melebihi harga kos, yang bermaksud anda mendapat keuntungan daripada penjualan tersebut. Cuma dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja anda boleh menetapkan harga jualan kurang daripada harga kos. Strategi ini akan saya terangkan di dalam kesempatan yang lain.

Sebagai seorang penjual yang bijak, anda perlu menetapkan margin keuntungan yang bersesuaian, seperti 20% daripada harga jualan atau RM50 sebagai margin keuntungan setiap barang yang anda jual.

Strategi penting di sini adalah untuk menjual barangan yang mampu memberikan margin keuntungan yang tertinggi untuk anda. Strategi ini akan membolehkan anda menjana keuntungan yang tinggi walaupun cuma menjual barangan dalam kuantiti yang sedikit.

Jika anda tidak mempunyai pilihan lain kecuali menjual barangan yang mempunyai margin keuntungan yang rendah, maka anda perlu memfokuskan usaha anda kepada menjual barang tersebut dalam kuantiti yang banyak. Cuma dengan menjual dalam kuantiti banyak yang akan membolehkan anda untuk menjana keuntungan yang banyak.

4. Pembungkusan dan penghantaran
Tips terakhir yang anda perlu pertimbangkan adalah dari aspek pembungkusan dan penghantaran barang jualan anda. Sekiranya anda memilih untuk menjual produk digital seperti ebook atau perkhidmatan seperti terjemahan atau edit buku, mungkin tips ini tidak terpakai oleh anda kerana anda cuma memerlukan link untuk download ebook tersebut, ataupun dokumen kontrak perkhidmatan dengan pembeli anda.

Namun, sekiranya anda menjual produk fizikal seperti baju, barang elektronik, DVD atau barang permainan kanak-kanak, anda perlu memikirkan tentang kos serta cara pembungkusan dan penghantaran. Sungguhpun kos pembungkusan dan penghantaran barang tersebut biasanya ditanggung oleh pembeli, anda perlu memikirkan sama ada anda sendiri yang akan membungkus dan menghantar, atau anda akan “outsource” kepada orang lain untuk membantu anda membuat pembungkusan dan penghantaran tersebut. Ini sedikit sebanyak bergantung kepada keupayaan anda menguruskan jualan anda dari segi masa, tenaga dan kos.

Sebaik-baiknya anda menjual barangan yang mudah untuk anda bungkus dan hantar. Barangan yang sukar untuk dibungkus dan dihantar lambat laun akan menyusahkan anda sendiri sebagai seorang penjual dalam jangkamasa panjang.

Itulah dia, empat tips yang anda boleh gunakan dalam pemilihan barang untuk dijual di Lelong dan eBay. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda, dan semoga anda mendapat keuntungan maksimum daripada penjualan barang anda dengan mengaplikasikan tips-tips ini.
Salam hormat & salam kejayaan!

Apple dan strategi pemasaran


Apple Inc dahulunya dikenali sebagai Apple Computer Inc ialah sebuah syarikat multinasional yang mencipta alat elektronik, perisian komputer dan lain-lain yang berkaitan dengan perkomputeran samada untuk kegunaan peribadi mahupun pelanggan komersil. 

Produk teras Apple Inc adalah terdiri daripada iPhone, alat pemain muzik iPod dan pelbagai jenis komputer Macintosh. Secara rasminya, Apple Inc ditubuhkan oleh pengasasnya Steve Jobs dan Steve Wozniak pada 1 April 1976. Produk pertama yang dicipta ialah Apple I

Syarikat diperbadankan pada tahun 1977. Selama 20 tahun seterusnya, Apple Inc adalah pengeluar terbesar komputer peribadi termasuk Apple II dan Macintosh dan rangkaian Power Mac. Walau bagaimanapun ia telah menghadapi gelombang kemelesetan jualan sekitar tahun 1990-an. Steve Jobs yang telah disisihkan pada tahun 1985 telah kembali menerajui Apple Inc sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 1996 akibat daripada pengambil alihan syarikat beliau yang bernama NeXT oleh Apple Inc. Apabila dibawah tampuk pimpinan beliau pada kali ini, beliau mengetengahkan falsafah untuk melahirkan produk yang dikenali dan rekaan yang mudah. 

Pada tahun 2001, alat pemain muzik yang sangat diminati ramai iPod dikeluarkan. Kejayaan ini telah melonjakkan nama Apple Inc sebagai pengeluar alat elektronik konsumer yang teratas. Oleh sebab itu, nama syarikat ditukarkan daripada Apple Computer Inc kepada Apple Inc. Fenomena terbaru yang dilakukan Apple Inc ialah apabila ia mengularkan produk seperti iPhone, iPod Touch, dan yang paling terbaru iPad. Pada waktu ini Apple Inc adalah syarikat teknologi terbesar di dunia yang mencatat jualan mencecah AS60 bilion setahun.
Jadi bagaimanakah Steve Jobs dan pakar-pakar di Apple Inc bekerja sehingga boleh mencatat suatu kejayaan yang begitu cemerlang samada didunia teknologi mahupun pencapaian dengan syarikat dalam industri yang lain.

Strategi pemasaran adalah salah satu perkara yang diambil serius oleh Apple Inc. Mereka mempunyai strategi pemasaran yang unik dan tidak mahu terikut-ikut dengan strategi yang sudah baiasa diguna pakai oleh syarikat-syarikat lain. Di sini ayuh kita bincangkan beberapa strategi pemasaran yang unik yang diaplikasi oleh Apple Inc. Bukan sahaja Steve Jobs, pihak pengurusan, pakar-pakar dan jurutera teknologi, dan jurujual sahaja yang mesti memahami strategi pemasaran Apple Inc, malah pasukan khidmat pelanggan juga dikenakan syarat supaya sentiasa ingat dan amalkan perkara ini semasa mereka memberi khidmat kepada pelanggan Apple Inc.


Abaikan Kritikan

Tindakan yang agak tidak munasabah tetapi inilah yang diamalkan oleh Apple Inc apabila mereka mengeluarkan produk mereka. Pada kebiasaanya sebagai seorang usahawan, anda akan selalu diingatkan oleh orang bahawa untuk berjaya dalam perniagaan, anda perlu mendengar dan mengambil kira pendapat orang tentang apa yang mereka mahukan daripada sesuatu produk. Anda mesti bersabar dan melayan setiap komen yang diberi untuk mengubahsuai produk anda supaya diterima di pasaran. 

Akan tetapi Steve Jobs tidak menghiraukan perkara ini. Setiap kali berita tentang pengeluaran produk terbaru oleh Apple Inc, ramai yang akan mengkritik secara terang-terangan mahupun secara tidak langsung. Mereka akan melemparkan kata-kata yang boleh melemahkan semangat dan mengatakan bahawa produk tersebut akan gagal. Perkara ini berlaku semasa Steve Jobs mengumumkan bahawa Apple Inc akan mengeluarkan iPad yang merupakan produk yang lebih kurang iPhone tetapi bersaiz besar seperti komputer riba yang kecil. Mereka mengatakan bahawa produk ini adalah duplikasi kepada iPhone dan tidak berfikir bahawa sesiapa yang sudah mempunyai iPhone akan membeli iPad.
 
Tetapi siapa akan menjangka jualan iPad sebenarnya melonjak dan merekodkan antara jualan yang tertinggi semasa jika dibandingkan dengan penjualan komputer riba keecil berjenama lain. 


Tukarkan yang biasa-biasa kepada yang menarik

Setelah sekian lama, ramai pengguna komputer peribadi gemarkan cara membeli bahagian-bahagian dan perkakasan komputer mereka secara berasingan dan memasangnya dengan sendiri untuk menghasilkan sebuat komputer. Oleh kerana keadaan ini, kebanyakan pengeluar akan mengeluarkan perkakasan untuk dibeli oleh pengguna tersebut. 

Walau bagaimanapun, Apple Inc tidak mahu menjadi pak turut dan menjual perkakasan seperti syarikat lain. Apple Inc mempunyai strategi pemasaran yang lebih bersepadu. Mereka mencipta sesuatu produk yang tidak akan menyusahkan pelanggan untuk memasang perkakasan sendiri. Apple Inc bukan sahaja menjadi perintis untuk mengeluarkan sistem operasi yang seragam dan sistem komputer, mereka juga menjadi perintis untuk mengeluarkan produk dalam reka bentuk yang sangat menarik dan mesra pelanggan. Lihat sahaja betapa menariknya reka bentuk MAC air, iPhone , iPod dan lain-lain. 

Dikala syarikat-syarikat lain memberi fokus untuk mengeluarkan pelbagai perkakasan komputer secara berasingan, Apple Inc mengambil tindakan yang lebih bijak untuk membuat rekaan dan ciptaan secara menyeluruh bermula daripada perkakasan sehinggalah perisian produk. 


Harga yang wajar

Pada zaman teknologi sekarang ini, harga menjadi suatu faktor yang penting untuk difikirkan apabila sesuatu syarikat ingin memasarkan produk mereka. Ramai yang menganggap jika mereka menjual produk mereka pada harga yang lebih murah daripada pesaing, pelanggan pasti akan memilih untuk membeli produk keluaran mereka. Adakah kenyataan ini benar? Adakah strategi yang sedemikian diguna pakai oleh Apple Inc?

Tidak sama sekali. Apple Inc percaya kepada strategi yang berlainan. Murah kadang-kadang boleh melambangkan suatu produk yang kurang berkualiti. Kebanyakan produk keluaran Apple Inc berharga pada kebiasaanya dua kali lebih mahal daripada harga produk pesaing. Bagaimana pula produk keluaran Apple Inc yang lebih mahal boleh menarik pelanggan untuk membelinya. 

Jawapan kepada persoalan ini adalah kerana Apple Inc mencipta produk yang menarik dan pelanggan bukan sahaja menyukainya tetapi merasa ghairah untuk memilikinya. Mereka akan rasa sangat cemburu jika kawan mereka terlebih dahulu memiliki produk Apple Inc. Jawapan seterusnya kenapa pelanggan tetap akan membeli produk Apple Inc walaupun harganya mahal ialah kerana Apple Inc menetapkan harga yang wajar bersesuaian dengan ciri-ciri produk serta kepuasan yang pelanggan akan dapat apabila menggunakan produk keluaran Apple Inc.


Berkomunikasi dalam bahasa yang pelanggan fahami

Ramai orang mempunyai perasaan yang kurang yakin atau gementar apabila jurujual mengajukan soalan yang mereka tidak faham seperti bahasa jargon teknologi komputer dan telefon mudah alih seperti megabytes, giga hertz, kuasa pemprosesan dan lain-lain. Keadaan ini akan menyebabkan golongan pelanggan ini lebih suka memilih produk yang mudah mereka fahami dan senang untuk dikendalikan.
Apple Inc mengambil langkah untuk mengketengahkan maklumat yang pelanggan ingin tahu terlebih dahulu sebelum memberi maklumat yang lebih difahami oleh golongan yang fasih teknologi. Oleh sebab ini, pelanggan tidak akan merasa tertekan semasa membeli produk keluaran Apple Inc.


Pengalaman yang berpanjangan

Pernahkah anda melihat berapa ramai orang yang merekodkan pengalaman mereka semasa membuka kotak produk keluaran Apple Inc yang mereka beli? Di YouTube, terdapat beratus-ratus video yang telah direkodkan sebagai perkongsian berapa teruja perasaan seseorang setelah memiliki produk keluaran Apple Inc.

Fenomena ini tidak pula berlaku kepada golongan yang membeli produk elektronik dari jenama lain. Oleh itu kita dapat lihat bagaimana Apple Inc telah bertungkus lumus mengusahakan strategi supaya pelanggannya bukan sahaja gembira disaat membuat pembayaran dikedai tetapi perasaan teruja itu berpanjangan hingga mereka kembali kerumah, membuka kotak, dan amat tidak sabar sebenarnya untuk meneroka segala pengalaman yang akan mereka kecapi apabila mengguna produk keluaran Apple Inc. Pengalaman yang tidak dapat diungkapkan dengan perkataan sebenarnya!

Apple Inc sedar bahawa apabila seseorang telah membayar sejumlah wang untuk membeli satu produk, semestinya pelanggan itu mahu dengan secepat mungkin meneroka dan mengguna produk yang dibeli. Atas sebab ini, Apple Inc telah memastikan bahawa pelanggan tidak perlu bersusah payah untuk membuat pemasangan. Mesra pelanggan adalah apa yang Apple Inc ketengahkan setiap kali produk dicipta.


Apple mencipta satu kumpulan atau budaya tersendiri

Produk keluaran Apple Inc dimiliki oleh golongan tertentu. Kita boleh mengenalpasti golongan yang betul-betul meminati produk keluaran Apple Inc berbanding golongan yang memiliki produk keluaran jenama lain. Keadaan ini bukanlah terjadi secara sendiri atau rawak. Pencapaian ini sebenarnya berlaku oleh kerana Apple Inc mempunyai strategi pemasaran yang unik dan relevan untuk menyasarkan golongan-golongan tertentu sebagai pelanggannya.
Golongan yang mementingkan aplikasi dan penggunaan yang mudah akan memilih produk keluaran Apple Inc. Produk keluaran Apple Inc mempunyai ciri-ciri yang menarik dan sesetengahnya boleh dijadikan sebagai sesuatu bahan untuk digayakan. 

Contohnya, warna yang menarik yang dikeluarkan untuk produk iPod merupakan strategi untuk menarik golongan anak-anak muda untuk membelinya. Mereka akan membeli iPod berbanding dengan MP3 atau MP4 yang lain kerana iPod lebih menarik dari segi warna dan saiz.


Jadikan Apple jenama yang terkenal

Kita telah biasa dengan sitausi dimana apabila kita mahu membeli ubat gigi seseorang akan berkata dia mahu membeli colgate bukannya ubat gig. Begitu juga jika seseorang berkata bahawa dia hendak membeli Ridsect bermaksud dia sebenarnya hendak membeli ubat nyamuk.

Konsep dan strategi inilah yang diguna pakai oleh Apple Inc untuk menjadikannya sebagai satu jenama yang fenomena. Apa yang diusahakan kini adalah untuk mencapai objektif bahawa seseorang akan berkata saya hendak membeli iPod yang bermaksud dia sebenarnya hendak membeli alat elektronik MP3.

Mungkin kita akan fikirkan bahawa situasi ini amat sukar untuk terjadi. Tetapi tidakkah kita telah merasai sediki demi sedikit usaha yang dibuat oleh Apple Inc sudah berjaya. Jika anda bertanyakan sekarang kepada seseorang yang menggunakan iPhone jika dia akan bertukar kepada jenama yang lain seperti NOKIA dan lain-lain. Rata-rata akan mengatakan tidak. Terdapat ramai pengguna yang sudah selesa apabila mereka mula menggunakan salah satu produk keluaran Apple Inc, mereka akan tentunya membeli produk seterusnya yang juga keluaran Apple Inc.
Untuk memastikan kesinambungan kejayaan menjadi jenama pilihan, Apple Inc mengambil langkah untuk mengeluarkan applikasi dalam talian dan luar talian contohnya iTunes yang merupakan tempat pengguna dapat memuat turun permainan video atau lain-lain aplikasi samada secara percuma atau dikenakan bayaran yang sangat kecil. Pengguna tidak dibebani dengan kos dan kemudahan yang diberikan adalah hanya dihujung jari sahaja.

Bayangkan bagaimana iPhone yang sebenarnya bukan telefon mudah alih yang pertama dicipta tetapi dengan strategi dan rekaan yang unik, ramai yang tidak kisah untuk beratur panjang selama berjam-jam untuk menjadi orang yang terawal memiliki iPhone terutamanya apabila versi baru dikeluarkan. Ini juga berlaku kepada produk keluaran Apple Inc yang lain seperti iPod Touch, iMac dan iPad.

Secara kesimpulannya, sesebuah syarikat mesti mengambil langkah bijak untuk tidak mengikut arus persaingan yang sedia ada tetapi sebaliknya cuba untuk menjadi perintis. Semangat yang tekad dan kerjasama antara pihak pengurusan hinggalah kumpulan khidmat pelanggan amatlah penting untuk berjaya seperti Apple Inc.

Minda usahawan berjaya : apa yang ada dalam fikiran mereka?



Artikel asal dari Irfan Khairi


Dalam perniagaan perlu kah seorang usahawan itu berani? Mereka yang berjaya dalam perniagaan, adakah mereka tak takut gagal & 100% positif sahaja? Dalam perniagaan, adakah segalanya mudah bagi mereka yang sudah hebat?


Jawapannya: Tidak, tidak & tidak!
Dari pengalaman saya berkawan dengan usahawan-usahawan berjaya, isunya bukanlah "keberanian". Sememangnya ada rasa gemuruh bila nak mulakan perniagaan, atau menyusun strategi perniagaan baru, atau melakukan teknik baru dalam perniagaan. tetapi, mereka lakukan sahaja anyway. It's not about being brave, it's about just doing it!

Usahawan tak takut gagal? 100% positif.... sudah pastinya tidak. Pastinya semua usahawan TAKUT GAGAL. Takut kepada kegagalan ini lah memberi motivasi untuk lebih banyak berusaha dan dalami ilmu perniagaan. Menjadi kreatif dalam merancang strategi2 perniagaan baru. 100% keyakinan sememangnya perlu, tetapi, hakikatnya mereka sering memberi ruang untuk kegagalan DIMANA strategi "back-up" juga disediakan... bak kata lain, Plan-B.

Adakah perniagaan mudah bagi mereka yang hebat? I think not... sekiranya anda lihat sekeliling juga terdapat ramai usahawan-usahawan yang selalu stress bukan? Semestinya, kerja untuk di lakukan adalah banyak dan bukan mudah. Tetapi, itulah kunci nya, mereka yang ingin berjaya akan memilih dan lakukan perkara yang susah- mereka tahu, rasa dan faham ianya susah, tetapi, mereka lakukan juga.


Kuncinya adalah, perasaan & keadaan usahawan yang berjaya dibandingkan dengan orang ramai adalah sama sahaja. Cuma, mereka berpegang kepada konsep Nike: Just Do It! 
Untuk menjadi usahawan yang berjaya, abaikan perasaan-perasaan yang ada dalam fikiran seperti takut, tidak yakin & fikir susah. Sememangnya perasaan itu sering bermain dalam kepala setiap usahawan di luar sana, tetapi, kita pilih sendiri untuk abaikan sahaja.

Salam Aidiladha dari Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka Berhad


Salam sejahtera dan selamat hari raya aidiladha kepada semua anggota Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka Berhad dan juga ahli Kelab Usahawan GIATMARA Melaka...

Semoga kehidupan dan perniagaan anda bertambah sempurna dan semakin diredhai oleh Allah SWT...  Sama-samalah kita menjauhi fitnah dan pendusta yang mungkin ada di kalangan masyarakat....

Biar kecil asalkan berhasil : jimatkan modal permulaan perniagaan.

  
Artikel dari Irfan Khairi (Jutawan Internet)


Dalam memulakan perniagaan, tak perlu bermegah sangat - tak perlu semuanya hebat dan besar. Memulakan perniagaan memerlukan banyak modal pusingan. Modal permulaan adalah hanya untuk permulaan.
Ada perniagaan yang bermula terus dengan membeli kereta mewah, pejabat hebat & class, banggunan boleh tahan ;) dan juga perbelanjan-perbelanjaan awal yang amat tinggi.
Dalam memulakan perniagaan, fikirkan modal pusingan. Ada banyak lagi modal yang perlu dikeluarkan dalam perniagaan dan kalau semuanya di salurkan pada modal permulaan, pastinya nanti akan tersangkut perniagaan di tengah jalan.

 Fikirkan cara menjimat kos-kos permulaan. Fikirkan untuk meminimakan "overhead". Berjimat cermat dalam memulakan perniagaan dan menjalankan perniagaan.


Bila perniagaan hebat, baru dapatkan kereta hebat & pejabat hebat! (tu pun kalau perlu)
Terlalu banyak perniagaan yang saya lihat berbelanja besar ketika permulaan, cuma sehingga tidak memikirkan running cost dan overhead. Perniagaan terpaksa ditutup. Jauhkan dari anda ok!

Promosi Ramadhan

MininiagaPotato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.comTwisto.my