
Dalam banyak-banyak ikan yang menarik ni, ikan mana yang anda tertarik? Ikan yang berbeza bukan?

Oleh: Irfan Khairi
Ingin saya celoteh sedikit mengenai apa yang dikenali sebagai "perniagaan ikut-ikutan", atau perniagaan mengikut "trend"... orang jual X, kita pun jual X. Bukan menjual serbuk cuci jenama X... tetapi, gantikan 'X' tu dengan apa sahaja produk atau perkhidmatan...
Contohnya, kita boleh lihat trend di Internet...
- Ramai sahaja yang menjual 'tudung' di Internet. Tak salah, malah bagus pun jual tudung... disamping mencari rezeki, menggalakkan tutup aurat.
- Bila lihat industri fotografi, banyaknya 'wedding photographer' di Internet. Berbagai harga yang disediakan... sampai ada kenalan profesional photographer saya mengadu makin susah nak cari makan.
- Time musim perayaan, sudah tentunya trend menjual 'kuih raya' di Internet. Kalau muka kita tak kena tag dengan kuih raya di Facebook, memang tak sah la masa bulan Ramadhan
Cuma, dalam perniagaan, bila persaingan terlalu tinggi, maka makin susah untuk perniagaan kita mendapat keuntungan yang hebat. Keuntungan yang HEBAT ya saya sebut... nak dapat keuntungan yang biasa-biasa, memang boleh. Tetapi, dalam perniagaan, kita mahukan keuntungan yang HEBAT.
Bila nak mulakan perniagaan, kita perlu sedikit kreativiti. Kreativiti dalam meminimakan pesaingan kita. Bila kurang pesaing, lagi mudah kita hendak mendapat keuntungan yang hebat. Sebagai contoh...
- Kalau minat fesyen muslimah, tak semestinya menjual 'tudung' sahaja. Menjual 'baju renang muslimah' juga adalah fesyen muslimah.. dan mungkin persaingan adalah jauh lagi rendah dari menjual tudung.
- Kalau bidang 'wedding photography' terlalu ramai pesaing, bidang forografi lain masih ada... product photography, family photography, baby photos... dan macam-macam lagi. semuanya permintaan tinggi juga.
- Time-time raya, memang tak boleh lari dari kuih raya
Tetapi boleh sahaja jadi lebih kreatif seperti masih lagi menjual kuih raya yang di pakejkan dengan unik dan lebih cantik. Dan disasarkan kepada pasaran koprat sebagai high class 'gift'. Menjadi kreatif, tak semestinya tukar produk ya... tukar sasaran pelanggan pun kreatif juga.
Bila saya sendiri hendak mulakan sesuatu perniagaan, soalan pertama yang saya akan tanya pada diri sendiri adalah 'how to make it different?'. Anda juga patut lakukan yang sama

0 comments:
Catat Ulasan